Hentikan Penghinaan Terhadap Agama Islam

1 04 2008

FORUM yang merupakan gabungan NGO-NGO Muslim Pulau Pinang mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilder yang menerbitkan filem ‘Fitna’ dan menyiarkannya di internet. Filem selama 15 minit yang disiarkan dalam laman web liveleak.com pada 27 Mac lalu telah menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang menggalakkan keganasan. Tindakan ahli parlimen ini secara jelas menghina Islam, Nabi Muhammad S.A.W. dan kitab sucinya al-Quran.

Ia sudah tentu akan membangkitkan kemarahan umat Islam di serata dunia. Tindakan tidak bertanggungjawab ini, hanya akan mengeruhkan lagi keamanan dunia dan menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan bukan Islam.

FORUM ingin menegaskan bahawa, Islam bukanlah sebuah agama seperti yang digambarkan oleh Geert Wilders di dalam filemnya tersebut. Sebaliknya Islam dan umatnya sentiasa menghulurkan tangan permuafakatan kepada sesiapa yang menghulur pemuafakatan bersama kami, inilah yang diajarkan di dalam agama Islam. Allah S.W.T. berfirman di dalam al-Quran:

 يأيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثي وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم

Maksudnya: “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan kami telah menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu semua saling kenal-mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang lebih bertaqwa di kalangan kamu.”

FORUM menyeru umat Islam, supaya memboikot semua produk keluaran Belanda dan menyampaikan bantahan mereka melalui saluran yang dibenarkan sebagai menyatakan rasa protes kita terhadap tindakan seorang ahli parlimennya yang bersikap biadab terhadap umat Islam.

FORUM juga menuntut supaya ahli parlimen tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya, atau setidak-tidaknya ia hendaklah memohon maaf di atas tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

Rentetan isu penghinaan terhadap Islam seperti ini, FORUM berpandangan, ia sekaligus menuntut umat Islam supaya memainkan peranan mereka dengan lebih aktif membuat penerangan dan penjelasan, seterusnya bertanggungjawab memperbanyakkan terbitan filem yang menggambarkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada masyarakat dunia.

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin Bashah

About these ads

Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: