Modul 1: Sekular (slaid pertama part 2)
Salam Perjuangan Daripada SPAQ
Siri Bengkel Anti-Sekular SPAQ.
Hari : Rabu
Jam : 9 malam
Tempat : Kelas KAFA tingkat 2 USM
Tarikh : 30 April 2008
Modul 1: Sekular (slaid pertama part 2)
Salam Perjuangan Daripada SPAQ
Siri Bengkel Anti-Sekular SPAQ.
Hari : Rabu
Jam : 9 malam
Tempat : Kelas KAFA tingkat 2 USM
Tarikh : 30 April 2008
Liberal bermaksud bebas dan tidak terikat dengan mana-mana ikatan ajaran keagamaan. Golongan yang berfahaman liberal ialah golongan yang ingin menggugurkan beberapa hak syariah dalam agama Islam agar agama ini sama taraf dengan gama lain di Malaysia.
Di Indonesia dan beberapa negara lain, ajaran Islam Liberal seolah-olah menjadi ‘agama’ baru kerana ia jelas membuang banyak sistem syariah dan aqidah. Golongan ini ditaja oleh gerakan Kristianisasi, freemason dan dan segelintir Orientalis yang bencikan kemajuan umat Islam melalui landasan agama. Baca baki entri ini »
Siti Hazneza bt. Abdul Hamid
Kolumnis SPAQ
Biro Sastera Islam API (Angkatan Pemuda Pemudi Islam)
Pada 17 Rabiul Akhir 1429 bersamaan 23 April 2008 yang lalu, kelompok kecil Muslim di USM dan sekitarnya berasa amat bertuah kerana mendapat peluang bertemu dengan saudara Lim Jooi Soon dari Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA). Semua mengenali Saudara Lim sebagai seorang muslim yang telah menjadikan penyebaran dakwah sebagai kerja tetapnya.
Dalam sesi singkat yang tidak terancang dan acapkali terputus-putus kerana Saudara Lim tidak tahu apa yang hendak dibicarakan dan peserta pula tidak tahu apa yang hendak ditanya kepada beliau, Saudara Lim sempat melontarkan soalan-soalan asas tentang tauhid dan Islam yang membuatkan peserta terdiam dan masing-masing merenung ke dasar diri untuk mencari jawapannya. Misalnya bilakah anda memeluk Islam? Apa yang menarik minat anda kepada Islam? Benarkah anda Islam sejak lahir dan anda mewarisi Islam daripada keluarga anda seolah-olah iman dapat diwarisi? Baca baki entri ini »
Belia merupakan aset terpenting dalam persiapan untuk menghadapi segala cabaran umat Islam. Golongan muda dianggap sebagai nadi atau ayam tambatan bagi merealisasikan kea rah suatu perubahan yang lebih baik.
Persoalannya di sini, mengapa mesti belia? Kenapa pergantungan sentiasa kepada belia? Baca baki entri ini »
SPAQ mengucapkan ribuan penghargaan kepada hadirin yang sudi melapangkan masa dan minda untuk berdiskusi dan menerima input yang disediakan oleh SPAQ untuk belia dan mahasiswa. Semalam 24 April 2008, seramai hampir 25 orang peserta telah hadir dan peserta SPAQ yang belum pernah hadir bengkel sebelum ini juga turut hadir.
SPAQ berharap idea yang dokongsi akan dipadukan menjadi gerak kerja mengikut kapasiti dan kemahiran masing-masing. Untuk langkah awal, selain aktif dalam menjawab isu umat Islam, SPAQ juga menyediakan bahan-bahan informasi keilmuan berkaitan ideologi dan aqidah. Di samping istiqamah dengan kelas Aqidah Tohawiyyah SPAQ akan terus mengadakan siri bengkel ilmiah untuk mahasiswa dan belia. Baca baki entri ini »
Pada 9.15 malam, 20 April 2008 yang lepas, SPAQ telah menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Dr. Azizan Sabjan, pensyarah dari Pusar Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM. Dewan Kuliah A ini hampir dipenuhi oleh peserta yang terdiri daripada pensyarah, pelajar dan juga wakil-wakil dari badan bukan kerajaan. ‘Misconception of the revealed religion and Muhammad s.a.w. in world scriptures’ adalah tajuk ceramah yang disampaikan dan secara keseluruhannya, SPAQ merasakan tajuk ini dipilih untuk menjawab sedikit-sebanyak persoalan berkenaan isu karikatur Nabi Muhammad s.a.w. serta penghinaan ke atas Al-Quran yang telah dihasilkan oleh Greet Wilders baru-baru ini. Berikut merupakan isi kandungan ceramah tersebut. Baca baki entri ini »
Salam Perjuangan Daripada SPAQ
Kelas Aqidah Tohawiyyah ditangguhkan dan digantikan dgn
Siri Bengkel Anti-Sekular SPAQ.
Hari : Rabu
Jam : 9 malam
Tempat : Kelas KAFA tingkat 2 USM
Tarikh : 23 April 2008
Pembentangan Slide Kes Sufiah Yusuf oleh Bro. Izzat Anwari
Pembentangan Slide Asal-Usul Sekularisme (Siri 1)
oleh Muhammad Nuruddin Bashah
Perhubungan : Wardah (012-5296690)
Skuad Penyelamat Aqidah
27 Mac yang lalu, kita dikejutkan dengan sedikit kenyataan daripada YB Khalid Abdul Samad yang menyatakan bahawa masyaralat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan ‘Allah’ untuk merujuk kepada kalimah ‘God’ dalam Kristian dan ajarannya. Sepertimana di Indonesia, di Malaysia juga terjemahan perkataan ’God’ dalam Bible telah diterjemahkan sebagai ’Allah’. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan ’Allah’ hanya terjemahan kepada perkataan ’God’. Dalam ertikata lain sinonim bagi ’God’ adalah bermaksud ’Allah’. Baca baki entri ini »
PULAU PINANG, 17 April 2008 – Umat Islam di Malaysia disarankan agar tidak menjadikan isu serangan media terhadap Islam sebagai suatu justifikasi untuk menghalalkan sebarang provokasi atau kontoversi hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) melihat isu serangan terhadap Islam ini lebih bersifat serangan golongan tertentu sahaja dan tidak mewakili kesemua hasrat dan perasaan umat Kristian seluruh dunia. Baca baki entri ini »
Muhammad Nuruddin bin Bashah
Bc Engineering UM
Koordinator 1 SPAQ
Umum akan bereaksi marah terhadap huraian songsang yang jelas bersifat provokasi dan prejudis terhadap maksud ayat-ayat al-Quran yang digunakan oleh pihak penerbit filem Fitna baru-baru ini. Namun begitu tidak ramai yang mengutarakan hakikat salah tafsir produser Fitna dalam membawa konotasi ayat-ayat tertentu yang telah mereka jadikan hujah. Baca baki entri ini »
Semua seolah melihat kuman di seberang titi, gajah di sebelah tak kenampakan. Inilah halusnya serangan terhadap umat Islam. Tanpa disedari terdapat juga serangan penghinaan dan pertikaian terhadap hukum Islam dalam filem tempatan. Serangan pemikiran ini berorientasikan pelbagai bentuk yang berbeza-beza. Ada yang bersifat provokasi untuk melihat sensitiviti umat Islam dari semasa ke semasa. Ada yang bersifat ekspresi sikap sebenar diri organisasi atau individu itu terhadap Islam. Selalunya mereka berhujah atas nilai seni dan kekebasan berkarya. Ada pula yang bersifat serangan rentetan dari beberapa kes atau insiden tertentu di sekitar mereka. Selalunya cara ini akan menghasilkan penghinaan yang cukup mendalam serta terlalu deduktif untuk dinilai hujah mereka. Contohnya kenyataan daripada Pope Benedict. Baca baki entri ini »
Forum Perdana : Islam Liberal Dan Cabaran Umat Islam Masa Kini
Tarikh : 22 April 2008
Tempat : Surau Taman Air Tawar Indah, Telok Air Tawar, Butterworth.
Masa: Selepas Maghrib
Aktiviti:

SPAQ ingin menyahut seruan Mufti Perak dato’ Harrussani agar semua umat Islam bangkit dengan segenap kekuatan (bil quwwah) untuk menjawab serta menyelesaikan kekeliruan ramai berkenaan hukum ‘jihad’ dan pertahanan dalam Islam akibat filem yang dikeluarkan oleh Geert Wilders. Filem yang selama 16 minit 48 saat dan 15 minit itu memaparkan beberapa potong ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai konsep jihad dan peperangan dalam Islam.
Baca baki entri ini »
FORUM yang merupakan gabungan NGO-NGO Muslim Pulau Pinang mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilder yang menerbitkan filem ‘Fitna’ dan menyiarkannya di internet. Filem selama 15 minit yang disiarkan dalam laman web liveleak.com pada 27 Mac lalu telah menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang menggalakkan keganasan. Tindakan ahli parlimen ini secara jelas menghina Islam, Nabi Muhammad S.A.W. dan kitab sucinya al-Quran.
Ia sudah tentu akan membangkitkan kemarahan umat Islam di serata dunia. Tindakan tidak bertanggungjawab ini, hanya akan mengeruhkan lagi keamanan dunia dan menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan bukan Islam.
SPAQ telah menjalankan kelas pengajian Kitab Aqidah Tahawiyyah hampir 5 bulan lamanya. Kini kelas ini akan dimasukkan perbahasan isu aqidah dan syariah glokal umat Islam untuk menyemarakkan lagi aktiviti SPAQ.
Masa : 9.15 malam
Hari: Rabu setiap minggu
Tempat : USM (hubungi 017 6291368)
Tayangan slaid pada minggu ini adalah: Sejarah perkembangan sistem undang-undang syariah di Tanah Melayu (awal kedatangan Islam di nusantara)
oleh Muhammad Nuruddin Bashah (Koordinator 1 SPAQ)
Isu tambahan: Perbahasan isu Filem Fitna
oleh Saudara Izzat Anwari (Koordinator 2 SPAQ)
KUALA LUMPUR, 23 Mac 2008 – Hiburan selama 12 jam tanpa henti! Itulah kebanggaan baru rakyat Malaysia di Festival Muzik Antarbangsa Sunbust KL 2008 yang berlangsung di Polo Pavilion Bukit Kiara minggu lalu.
Acara ini berjaya mengumpulkan artis tempatan dan luar negara seramai 15000 walaupun harga tiket yang dikenakan adalah sebanyakRM 200. Masyarakat Malaysia terutama umat Islam telah disajikan dengan persembahan nyanyian sambil membuka baju oleh Brandon Boyd daripada kumpulan Incubus. Lebih meriuhkan lagi adalah persembahan kumpulan Parliament Funkadelic yang mana guitaristnya hanya berseluar dalam ala sumo. Baca baki entri ini »
Komen terbaru