P.PINANG, 24 MAC – SPAQ melihat tindakan ulang siar gambar karikatur Rasulullah s.a.w. di Denmark adalah suatu tindakan yang disengajakan dan cuba dijustifikasikan. Sehari selepas sahaja PET (Badan Inteligent Denmark) mengisytiharkan mereka berjaya mengelakkan perancangan untuk membunuh Kurt Westergaard.
Pada keesokan harinya (13/2/2008), secara serentak sebelas media massa terkemuka di Denmark dan televisyen perdana, termasuk akhbar Jyllands-Posten memuat kembali karikatur yang sinikal dan menghina Islam tersebut. Sedikitnya tiga akhbar di Eropah, iaitu Sweden, Belanda dan Sepanyol, juga mencetak karikatur ‘seni’ tersebut. Anehnya, pada 13/2/2008, seorang pegawai PET, Jacob Scharf, segera membebaskan suspek yang dikatakan cuba membunuh pelukis berkenaan dari tuduhan itu, iaitu dua warga Tunisia dan seorang warga Denmark keturunan Maghribi (Maroko). Seolah-olah penangkapan suspek hanya sebagai justifikasi kepada tindakan ingin mecetak kembali bahan berkenaan. Kononnya pencetakan semula adalah sebagai respon marah mereka kepada usaha pembunuhan pelukis berkenaan yang mana diragui keabsahan usaha tersebut direncanakan oleh orang-orang Islam.
Pertanyaan kita, tidak ada gambar lainkah yang boleh anda lukis untuk menggambarkan ‘karya seni’ anda? Apabila terdapat respon negatif daripada dunia barat, mereka ada menyiarkan gambar kartun seperti dibawah.
Bukankah budak kecil tidak boleh dibandingkan dengan usaha akhbar perdana negara-negara Eropah menyiarkan gambar tipikal dan sinikal Rasulullah s.a.w.? SPAQ menganggap ianya suatu propaganda barat yang sebenarnya mempunyai niat buruk terhadap baginda Rasulullah s.a.w.
Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin bin Bashah
Pertamanya diucapkan sekalung tahniah kepada penggerak2 SPAQ atas usaha murni membawa misi menggerakkan pemulihan umat yang semakin kritikal dan membela serta melawan segala penghinaan terhadap RASULLULLAH SAW yang amat2 kita sayangi. Moga usaha kalian sentiasa di dalam pemiliharaan ALLAH. Selamat berjuang.
Salam,
Ada terjumpa flyer pasal SPAQ kat Masjid USM. Atas lantai pula tu. Siap direnyuk. Inilah sikap orang Melayu Islam kita. Kalo flyer bermanfaat begini dibuang begitu saja..mcm mana org luar tak hina Rasulullah saw? Fikir-fikirkanlah.
Apa pun, tahniah kepad SPAQ. Tapi sedih sebab Abang Nuar or Abang Shah tak pernah bagitau pun pasal SPAQ nie (huhuhuhu).
salaam… saya merasakan mereka memang sengaja je… apapun banyak orang barat yang mendapat hidayah Allaah… tindakan mereka hanya ikut perasaan, tambahan mereka tiada pegangan hidup… mmm… patut ke biarkan? kekadang mereka ni cuba nak buat orang Islam beremosi… tapi hidup mereka yang tak tenang… kasihan mereka… apa yang patut kita buat? mmm…. limited idea plak…